Norshahrul Idlan Talaha - Google Blog Search |
Isu <b>Norshahrul Idlan Talaha</b>. Johor VS Kelantan? - BeritaTerkini Posted: 06 Jan 2013 05:19 PM PST Baru sahaja Liga Malaysia mahu memasuki awal musimnya, sudah timbul pelbagai isu yang tak sepatutnya kedengaran. Isunya ringkas sahaja, tetapi ia disebabkan sikap tidak profesional sesetengah pihak. Sefahaman kami, isu ini mula timbul apabila pemain Norshahrul Idlan Talaha ada memiliki baki kontrak dengan pasukan The Red Warrior (Kelantan) setahun lebih lagi. Tetapi Johor mahukan Mat Yo sehingga pemain itu akhirnya bersetuju. Malangnya….. Malangnya Norshahrul Idlan Talaha masih tidak lagi membayar baki kontrak sekitar RM400,000 (mungkin lebih lagi daripada ini kepada pasukan The Red Warrior. Ini kerana kalau ikut kontrak Norshahrul Idlan Talaha dengan pasukan negeri Kelantan masih lagi mempunyai baki 13 bulan bersama KAFA. Jikalau beliau mahu menyertai pasukan lain termasuklah pasukan Johor yang disertai sekarang ini, Mat Yo perlu membayar RM400,000 sebagai tebus kontrak Jadi isunya Mat Yo tidak bayar lagi. Tetapi sudah bermain dengan pasukan Johor. Sepatutnya Norshahrul Idlan Talaha yang tampil menyelesaikan dengan pengurusan pasukan The Red Warrior. Dan pasukan Johor tidak perlu masuk campur dan duduk "diam-diam" kerana kontrak tersebut ia tidak ada kena mengena dengan pasukan Johor. Tiba-tiba Tengku Mahkota Johor selaku "taukey baru pasukan Johor" tampil menempelak. Nah…itu sebablah Tan Sri Anuar Musa tampil memberikan kenyataan seperti anda lihat paparan di atas ini. Apa kata Tunku Ismail?
Pasti ada yang terkejut. Huishh…beraninya Tan Sri Anuar Musa berkata sedemikian kepada seorang anak Raja? Tan Sri Anuar Musa ini lain sedikit. Kalau disingkap sejarah Tan sri Anuar Musa semula, bukan setakat anak raja, Sultan pun berani ditegurnya. Nasihat kami, golongan Raja tidak perlulah terlibat dengan sukan. Jikalau nak disebut masalah dan isu kontrak ini, ikut undang-undang, Anuar Musa betul 100%. Walaubagaimanapun, andaikata Raja/anak raja/kerabat diraja berkeras mahu terjun juga ke bidang sukan ini tidak perlulah rasanya nak mengharapkan layanan istimewa. Dan bersedialah utk dikritik Dan dimaki. Kalau tak tahan, lebih rasanya tumpukan perhatian dan memikul amanah sebagai kerabat yang menjaga Agama Islam di negeri masing-masing. Apa kata anda pula? Baca Lagi 4 Berita Berkaitan DI SINI... |
You are subscribed to email updates from Norshahrul Idlan Talaha - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |