Khamis, 25 Julai 2013

Norshahrul Idlan Talaha - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Norshahrul Idlan Talaha - Google Blog Search


Isu <b>Norshahrul Idlan Talaha</b>. Johor VS Kelantan? - BeritaTerkini

Posted: 06 Jan 2013 05:19 PM PST

Anuar Musa Mat Yo

Baru sahaja Liga Malaysia mahu memasuki awal musimnya, sudah timbul pelbagai isu yang tak sepatutnya kedengaran. Isunya ringkas sahaja, tetapi ia disebabkan sikap tidak profesional sesetengah pihak. Sefahaman kami, isu ini mula timbul apabila pemain Norshahrul Idlan Talaha ada memiliki baki kontrak dengan pasukan The Red Warrior (Kelantan) setahun lebih lagi. Tetapi Johor mahukan Mat Yo sehingga pemain itu akhirnya bersetuju. Malangnya…..

Tan Sri Anuar Musa Facebook

Malangnya Norshahrul Idlan Talaha masih tidak lagi membayar baki kontrak sekitar RM400,000 (mungkin lebih lagi daripada ini kepada pasukan The Red Warrior. Ini kerana kalau ikut kontrak Norshahrul Idlan Talaha dengan pasukan negeri Kelantan masih lagi mempunyai baki 13 bulan bersama KAFA. Jikalau beliau mahu menyertai pasukan lain termasuklah pasukan Johor yang disertai sekarang ini, Mat Yo perlu membayar RM400,000 sebagai tebus kontrak

Jadi isunya Mat Yo tidak bayar lagi. Tetapi sudah bermain dengan pasukan Johor. Sepatutnya Norshahrul Idlan Talaha yang tampil menyelesaikan dengan pengurusan pasukan The Red Warrior. Dan pasukan Johor tidak perlu masuk campur dan duduk "diam-diam" kerana kontrak tersebut ia tidak ada kena mengena dengan pasukan Johor. Tiba-tiba Tengku Mahkota Johor selaku "taukey baru pasukan Johor" tampil menempelak. Nah…itu sebablah Tan Sri Anuar Musa tampil memberikan kenyataan seperti anda lihat paparan di atas ini.

Apa kata Tunku Ismail?

Tunku Ismail Anuar Musa"Jangan panjang-panjangkan cerita. Dia (Mat Yo) akan bayar (harga tebus kontrak) pada hari ini. Anda (Annuar) perlu matang. Dalam sukan bola sepak, mesti ada pemain yang datang dan pergi. Anda perlu terima dan bersikap profesional.

"Sebagai contoh, jika satu hari nanti Safee Sali mahu keluar dari pasukan, saya akan terima. Beliau (Annuar) sepatutnya berterima kasih kepada Mat Yo atas sumbangan diberikan dan bukannya bercakap benda kurang menyenangkan terhadap pemain ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di salah sebuah hotel terkemuka di sini.

"FAM sudah menetapkan bahawa beliau (Mat Yo) perlu membayar sebanyak RM250,000. Jadi Mat Yo menerusi peguam yang dilantik akan berbuat sedemikian seperti diarahkan FAM. Janganlah ambil kesempatan.

"PBNJ sendiri sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan FAM malah begitu juga pemain kami. Janganlah bersikap kebudak-budakan dan cakap belakang-belakang," katanya.

"Rumah saya sentiasa terbuka untuk sesiapa sahaja datang jika ada sebarang masalah. Bersikap profesional dalam sukan dan janganlah membangkitkan isu bukan-bukan.

"Hentikanlah drama dan politik anda. Jangan jadikan sukan bola sepak seperti berkempen dalam politik. Jika tidak suka, datang jumpa dan cakap depan-depan," katanya.

Pasti ada yang terkejut. Huishh…beraninya Tan Sri Anuar Musa berkata sedemikian kepada seorang anak Raja? Tan Sri Anuar Musa ini lain sedikit. Kalau disingkap sejarah Tan sri Anuar Musa semula, bukan setakat anak raja, Sultan pun berani ditegurnya.

Anuar Musa Kelantan

Nasihat kami, golongan Raja tidak perlulah terlibat dengan sukan.  Jikalau nak disebut masalah dan isu kontrak ini, ikut undang-undang, Anuar Musa betul 100%. Walaubagaimanapun, andaikata Raja/anak raja/kerabat diraja berkeras mahu terjun juga ke bidang sukan ini tidak perlulah rasanya nak mengharapkan layanan istimewa.

Dan bersedialah utk dikritik Dan dimaki. Kalau tak tahan, lebih rasanya tumpukan perhatian dan memikul amanah sebagai kerabat yang menjaga Agama Islam di negeri masing-masing. Apa kata anda pula?

Baca Lagi 4 Berita Berkaitan DI SINI...

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Norshahrul Idlan Talaha

Copyright 2010 All Rights Reserved