Norshahrul Idlan Talaha - Google Blog Search |
<b>Norshahrul Idlan Talaha</b> marah, buang pingat dalam tong sampah <b>...</b> Posted: 30 Jun 2013 11:55 PM PDT Bukit Jalil: Kecewa, sedih dan marah. Mungkin itu perasaan penyerang Johor Darul Takzim (DT), Norshahrul Idlan Talaha selepas pasukannya hanya bergelar naib juara Piala FA kelmarin. Pemain terbaik negara itu antara tonggak utama Johor DT yang bermain bermati-matian sepanjang 90 minit sebelum ditewaskan bekas pasukannya, Kelantan 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Norshahrul juga enggan ditemuramah media selepas perlawanan berkenaan. Marah, kecewa Jika dinilai permainan penyerang kebangsaan itu, dia memang berhak untuk berasa marah dan kecewa kerana Johor DT mempunyai keupayaan untuk muncul juara, tetapi Norshahrul tidak banyak mendapat bantuan rakan sepasukan. Namun paling mengecewakan Norshahrul apabila golnya pada minit ke-63 dibatalkan pengadil Syed Azhar Syed Kamar yang terlebih dulu meniup wisel kerana mendakwa penyerang itu mengasari Azizi Matt Rose. Bagi penyerang hebat seperti Norshahrul, kilauan trofi sudah tentu menjadi ganjaran paling bermakna dalam karier mereka, tetapi bola sepak bukan setakat kemahiran individu. Dia memerlukan sokongan rakan sepasukan untuk berfungsi sebagai perancang dan juga penjaring. Share the post "Norshahrul Idlan Talaha marah, buang pingat dalam tong sampah – Mat Yo" |
You are subscribed to email updates from Norshahrul Idlan Talaha - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan