Isnin, 21 April 2014

Norshahrul Idlan Talaha - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Norshahrul Idlan Talaha - Google Blog Search


<b>Norshahrul Idlan Talaha</b>: <b>Norshahrul Idlan Talaha</b> - Google Blog <b>...</b>

Posted: 13 Apr 2014 01:20 PM PDT

URL Sumber Asal :-

Ketiadaan <b>Mat Yo</b> cetus tanda tanya | Terengganu Today

Posted: 20 Feb 2014 04:30 AM PST

Ketiadaan Mat Yo di kem Harimau Malaya jadi persoalan kepada jurulatih negara Datuk Ong Kim Swee.

Ketiadaan kelibat penyerang kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha pada sesi latihan hari pertama skuad Harimau Malaya hari ini di padang latihan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjadi tanda tanya.

Pengendali sementara skuad Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee berkata sebagai pemain profesional, Norshahrul sepatutnya melaporkan diri pada hari pertama sesi latihan.

"Ini bukan kali pertama beliau dipanggil dalam skuad kebangsaan, sepatutnya beliau lapor diri dulu. Beliau perlu memberikan surat rasmi (tidak hadir latihan) bukan secara lisan sahaja," katanya kepada pemberita ketika ditemui di padang FAM, Kelana Jaya di sini.

Antara pemain skuad Harimau Malaya yang melapor diri hari ini ialah Mohd Baddrol Bakhtiar, Mohd Farizal Marlias, Mohd Safee  Mohd Sali, Safiq Rahim, Mahalli Jasuli, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak, Khairul Fahmi Che Mat dan Mohd Badhri Mohd Radzi.

Selain Norshahrul, seorang lagi penyerang kebangsaan Mohd Amri Yahyah turut tidak hadir kerana masalah peribadi.

"Amri ada beritahu saya beliau tidak dapat hadir hari ini kerana masalah keluarga jadi kita tunggu perkembangan mereka," katanya.

Kim Swee berkata beliau lebih memberi penekanan pada bahagian pertahanan dan skuad kebangsaan tidak mempunyai masalah di bahagian serangan.

"Selain Mat Yo (Norshahrul), skuad masih ada penyerang seperti Mohd Safee Mohd Sali, Bobby Gonzales, Amri, Ahmad Fakri Saarani…yang penting adalah di barisan pertahanan," katanya.

Skuad Harimau Malaya membuat persiapan menentang Yemen pada perlawanan terakhir pusingan kelayakan Piala Asia 2015 di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), 5 Mac ini. – Bernama

Kelayakan Piala Asia: Kim Swee gugur <b>Mat Yo</b>, kekalkan Safee Sali <b>...</b>

Posted: 02 Mar 2014 08:36 PM PST

Mat Yo Malaysia vs Chelsea

PENYERANG Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha digugurkan menjelang aksi terakhir Kumpulan D kempen kelayakan Piala Asia 2015 berdepan Yemen di Stadium Tahnoun Mohamed, Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) Rabu ini.

Bagaimanapun, pengendali sementara Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee enggan perkara itu disensasikan oleh mana-mana pihak.

Sebaliknya, Kim Swee berkata, beliau membuat keputusan itu kerana hanya akan membawa 24 pelatih untuk berdepan Yemen berbanding senarai penuh 28 pelatih Harimau Malaya yang dipanggil menjalani latihan sebelum ini.

"Mat Yo (Norshahrul) sah digugurkan kerana saya hanya membawa seramai 24 pelatih ke Dubai.

"Selain Mat Yo, tiga lagi pemain yang digugurkan kali ini termasuklah Junior (Eldstal), Shakir (Shaari) dan juga penjaga gol, Khairul Azhan (Mohd. Khalid) yang mengalami kecederaan ketika berdepan Filipina," katanya kepada Kosmo! sebelum berlepas ke Dubai petang semalam.

Malam kelmarin, Kim Swee turut mengenepikan Mat Yo ketika Harimau Malaya seri tanpa jaringan dengan Filipina dalam aksi persahabatan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Dalam pertemuan itu, Kim Swee meletakkan dua penyerang – Safee Sali dan Bobby Gonzales dalam kesebelasan utama sebelum memasukkan Baddrol Bakhtiar dan Ahmad Fakri Saari pada babak kedua.

Mengulas pertemuan menentang Yemen, Kim Swee sekali lagi menegaskan bahawa perancangannya tetap tidak terjejas biarpun tanpa kehadiran Mat Yo.

"Saya sudah memiliki penyerang yang mencukupi iaitu Safee, Bobby dan Fakri.

"Selain itu, beberapa pemain lain seperti Baddrol dan Amri (Yahyah) juga berupaya menjadi penyerang yang baik," kata beliau.

Terdahulu, penyerang sensasi Johor Darul Takzim itu mengejutkan ramai pihak apabila tidak hadir menyertai sesi latihan pertama Harimau Malaya pada 19 Februari lalu atas alasan mahu mengerjakan umrah selain berdepan masalah peribadi.

Difahamkan, dia hanya mengemukakan surat rasmi berhubung perkara itu kepada pengurus pasukan, Datuk Seri Subahan Kamal sehari kemudian.

Namun, Mat Yo akhirnya membuat 'pusingan U' apabila kembali menyertai latihan bersama Harimau Malaya seminggu kemudian.

Natijahnya, Mat Yo didenda RM5,000 ekoran gagal melaporkan diri pada kem latihan skuad kebangsaan dan langkah tersebut merupakan amaran keras terhadap mana-mana pemain yang mengabaikan tanggungjawab apabila dipanggil menyertai skuad negara.

Senarai Penuh Pemain Harimau Malaya 2014

coded by nessus

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Norshahrul Idlan Talaha

Copyright 2010 All Rights Reserved