Selasa, 18 Mac 2014

Norshahrul Idlan Talaha - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Norshahrul Idlan Talaha - Google Blog Search


Ketiadaan <b>Mat Yo</b> cetus tanda tanya | Terengganu Today

Posted: 20 Feb 2014 04:30 AM PST

Ketiadaan Mat Yo di kem Harimau Malaya jadi persoalan kepada jurulatih negara Datuk Ong Kim Swee.

Ketiadaan kelibat penyerang kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha pada sesi latihan hari pertama skuad Harimau Malaya hari ini di padang latihan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjadi tanda tanya.

Pengendali sementara skuad Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee berkata sebagai pemain profesional, Norshahrul sepatutnya melaporkan diri pada hari pertama sesi latihan.

"Ini bukan kali pertama beliau dipanggil dalam skuad kebangsaan, sepatutnya beliau lapor diri dulu. Beliau perlu memberikan surat rasmi (tidak hadir latihan) bukan secara lisan sahaja," katanya kepada pemberita ketika ditemui di padang FAM, Kelana Jaya di sini.

Antara pemain skuad Harimau Malaya yang melapor diri hari ini ialah Mohd Baddrol Bakhtiar, Mohd Farizal Marlias, Mohd Safee  Mohd Sali, Safiq Rahim, Mahalli Jasuli, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak, Khairul Fahmi Che Mat dan Mohd Badhri Mohd Radzi.

Selain Norshahrul, seorang lagi penyerang kebangsaan Mohd Amri Yahyah turut tidak hadir kerana masalah peribadi.

"Amri ada beritahu saya beliau tidak dapat hadir hari ini kerana masalah keluarga jadi kita tunggu perkembangan mereka," katanya.

Kim Swee berkata beliau lebih memberi penekanan pada bahagian pertahanan dan skuad kebangsaan tidak mempunyai masalah di bahagian serangan.

"Selain Mat Yo (Norshahrul), skuad masih ada penyerang seperti Mohd Safee Mohd Sali, Bobby Gonzales, Amri, Ahmad Fakri Saarani…yang penting adalah di barisan pertahanan," katanya.

Skuad Harimau Malaya membuat persiapan menentang Yemen pada perlawanan terakhir pusingan kelayakan Piala Asia 2015 di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), 5 Mac ini. – Bernama

Ong Kim Swee serik panggil <b>Mat Yo</b> | Terengganu Today

Posted: 22 Feb 2014 01:01 AM PST

Ong Kim Swee memberi arahan kepada pemain pada sesi latihan skuad kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Karier bola sepak Norshahrul Idlan Talaha bersama Harimau Malaya mungkin sudah menemui titik noktah. Setidak-tidaknya, selagi Datuk Ong Kim Swee melatih pasukan itu.

Ini kerana Kim Swee tidak berpuas hati dengan cara penyerang Johor Darul Ta'zim itu menolak panggilan untuk menyertai latihan skuad kebangsaan yang bermula Rabu lalu, selain jurulatih sementara itu tidak diberitahu alasan sebenar.

Kim Swee jelas begitu terasa hati dengan sikap pemain berasal dari Besut, Terengganu itu sehinggakan beliau seperti sudah berpatah arang dengan sikap bekas pemain Kelantan itu yang menurutnya seperti tidak berminat menyarung jersi keramat negara.

Tegas Kim Swee, berkemungkinan besar beliau tidak akan lagi memanggil pemain yang dipanggil Mat Yo itu selagi masih bergelar jurulatih bersama skuad Harimau Malaya selepas apa yang terjadi.

"Bagi saya cukup mudah, mana-mana pemain yang tidak menyertai latihan selepas dipanggil, maknanya mereka tidak berminat untuk menyarung jersi negara berdasarkan alasan-alasan yang diberikan.

"Sama ada dia akan dikenakan tindakan tatatertib atau tidak, saya serahkan kepada budi bicara pihak pengurusan untuk tentukan, saya tidak mahu sentuh. Sama ada saya tidak lagi memanggilnya pada masa akan datang, ada kemungkinan besar saya berbuat demikian.

"Apa jua alasan, keutamaan negara perlu melebihi segala-galanya, tetapi ketiadaan Mat Yo bukan menjadi satu masalah besar cuma saya mahu nasihatkan kepada pemain lain, mereka perlu menyemai sikap positif bila mengetahui nama mereka terpilih ke dalam pasukan kebangsaan," katanya selepas sesi latihan Harimau Malaya di Wisma FAM, semalam.

Difahamkan, Mat Yo telah menemui Kim Swee dan pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal pada Khamis lalu dengan menyatakan alasan, yang kini masih misteri, selain mahu mengerjakan umrah pada 3 Mac ini.

Latihan hari ketiga skuad kebangsaan semalam berlangsung dalam keadaan ceria tetapi pemain Pahang, Azamuddin Mohd. Akil belum dapat menyertai latihan kerana masih mengalami kecederaan kaki kanan.

Ketiadaan Mat Yo tidak memaksa Kim Swee melakukan rombakan besar-besaran di bahagian serangan sebaliknya pengendali berusia 43 tahun itu akan mencuba beberapa kombinasi baharu yang akan digunakan ketika menentang Filipina dalam aksi persahabatan, 1 Mac ini di Stadium Selayang.

Perlawanan itu merupakan ujian terakhir yang akan digunakan Kim Swee untuk menilai 22 pemain yang akan diberi kepercayaan untuk perlawanan kelayakan Piala Asia 2015 menentang Yemen di Abu Dhabi, Amiriyah Arab Bersatu (UAE) pada 5 Mac nanti.

"Ketiadaan Mat Yo akan memberi peluang kepada pemain-pemain lain seperti Bobby Gonzales untuk bergandingan dengan pemain seperti Safee Sali, Baddrol Bakhtiar atau Fakri Saarani, yang saya akan uji dalam perlawanan 1 Mac nanti.

"Jika mereka mahu berada dalam kesebelasan utama atau menyertai senarai akhir yang akan ke UAE, semua pemain perlu beri yang terbaik ketika menentang Filipina, tiada jalan lain.

"Begitu juga dengan barisan tengah. Saya akan mencuba kombinasi berbeza keranan mempunyai ramai pemain berkaliber seperti Junior Eldstal, Piya (Badhri Radhzi), Safiq Rahim, Shakir Shaari, Nazmi Faiz malahan Baddrol juga boleh beraksi di posisi itu. Buat masa ini saya tiada perancangan membawa pemain lain, " katanya.-utusan online

Kim Swee Gembira <b>Mat Yo</b> Muncul Di Sesi Latihan Harimau Malaya

Posted: 26 Feb 2014 08:50 PM PST

Kim Swee Gembira Mat Yo Muncul Di Sesi Latihan Harimau Malaya
Selepas seminggu mengejutkan peminat bola sepak tempatan dengan enggan menyertai latihan skuad Harimau Malaya atas alasan peribadi, Norshahrul Idlan Talaha membuat satu lagi kejutan apabila kembali melaporkan diri di Wisma FAM, semalam. Kemunculan penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT) itu turut mengejutkan pengendali sementara Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee.

Apa yang pasti, kehadiran Norshahrul atau Mat Yo jelas memberikan keceriaan kepada jurulatih Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee menjelang aksi persahabatan menentang Filipina di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada Sabtu ini.

Kehadiran Mat Yo bakal memberikan Kim Swee lebih banyak pilihan untuk merencana strategi pada aksi terakhir kelayakan Piala Asia 2015 peringkat Kumpulan D menentang Yemen pada 5 Mac depan. Mengulas kehadiran Mat Yo, pengendali kelahiran Melaka itu gembira kerana penyerang kelahiran Terengganu itu akhirnya hadir untuk menyertai sesi latihan skuad Harimau Malaya.

"Dia (Mat Yo) telah menunjukkan satu reaksi positif dan bagi saya, itu satu pengorbanan yang besar. Pada pendapat saya, isu kehilangannya sudah selesai. Selepas Azamuddin Akil disisihkan akibat kecederaan, kini saya ada pemain lain untuk mengetuai jentera serangan dalam skuad negara," katanya kepada pemberita ketika ditemui semalam.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, Mat Yo tidak dapat menyertai skuad negara selepas dia memiliki perancangan mahu mengerjakan umrah pada 3 Mac depan. Selain itu, Mat Yo turut dikatakan memiliki masalah peribadi sehingga menghalangnya untuk menyertai latihan skuad kebangsaan.

Dalam perkembangan lain, Kim Swee mengakui berdepan kesukaran untuk menyenaraikan skuad terbaik selepas menyaksikan respons positif daripada barisan pemain-pemain Harimau Malaya.
"Semua pemain telah menunjukkan kesungguhan dan memberi kesukaran kepada saya untuk menyenaraikan skuad sebenar. Saya akan mencuba beberapa gandingan menerusi latihan dan aksi persahabatan dengan Filipina nanti sebelum membuat keputusan muktamad," katanya.-Kosmo

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Norshahrul Idlan Talaha

Copyright 2010 All Rights Reserved