Jumaat, 14 Mac 2014

Norshahrul Idlan Talaha - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Norshahrul Idlan Talaha - Google Blog Search


Padah ghaib: <b>Mat Yo</b> kena denda RM5,000 – Perak Today

Posted: 27 Feb 2014 05:00 PM PST

mat yo

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenakan hukuman denda RM5,000 terhadap Norshahrul Idlan Talaha kerana gagal melaporkan diri bersama skuad kebangsaan menjalani latihan menghadapi perlawanan persahabatan menentang Filipina, esok.

Pengurus Pasukan Harimau Malaya, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, sebelum ini pemain berkenaan memaklumkan kepada pengurusan tidak dapat bersama atas alasan ingin mengerjakan umrah dan alasan peribadi.

"Kita memahami kehendak pemain berkenaan dan saya bertanggungjawab atas keputusan membenarkan Norshahrul tidak bersama atas alasan dikemukannya namun dua hari kemudian menelefon menyatakan hasrat untuk kembali bersama.

"Beliau membuat permohonan maaf dan mengakui kesilapan kepada pengurusan serta rakan sepasukan, segalanya yang berlaku sebelum ini tidak perlu diperbesarkan namun FAM tetap mengenakan denda RM5,000 kepadanya kerana gagal melaporkan diri sebagaimana ditetapkan," katanya.

Sebelum ini, Norshahrul atau lebih dikenali Mat Yo membuat keputusan tidak bersama Harimau Malaya atas alasan peribadi dan ingin mengerjakan umrah menyebabkan ramai peminat setia skuad kebangsaan mempertikaikan keputusan tersebut.

Namun kelmarin, kelibat penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT) itu yang kembali ke pangkuan Harimau Malaya melegakan jurulatih sementara, Datuk Ong Kim Swee.

Subahan berkata, fokus utama kini adalah persediaan pasukan menentang Filipina yang pastinya hadir dengan reputasi dan keyakinan ingin memenangi perlawanan malam esok.

"Kehadiran Norshahrul pastinya melegakan untuk merencanakan taktikal dan kepelbagaian persembahan memandangkan barisan yang dipilih kali ini semuanya serba lengkap.

"Hanya kemenangan yang perlu dicapai aksi malam esok dan ianya bukan sesuatu yang mustahil jika dilihat keyakinan serta semangat barisan pemain Harimau Malaya," katanya ditemui ketika meninjau latihan pemain di Wisma FAM, semalam.

-Sinar harian

"Saya tidak sehebat <b>Mat Yo</b>" - JKT | Sarawak Crocs

Posted: 24 Feb 2014 07:14 AM PST

"Saya tidak sehebat Mat Yo".

Begitulah ungkapan pemain kegemaran Sarawak Joseph Kalang Tie apabila pihak SarawakCrocs.com bertanyakan kepada beliau samada beliau dipanggil untuk bermain bersama squad Harimau Malaya bimbingan Ong Kim Swee.

Joseph turut menambah bahawa beliau masih mempunyai banyak kelemahan jika dibandingkan dengan Norshahrul Idlan Talaha yang lebih dikenali sebagai 'Mat Yo' di kalangan peminat bolasepak Malaysia.

Pengakuan Joseph secara langsung menidakkan berita di media sosial yang menyebut bahawa Joseph telah dipanggil oleh Ong untuk menggantikan tempat Mat Yo yang kini dipercayai sudah kehilangan tempatnya di skuad Harimau Malaya ekoran kegagalan beliau menghadirkan diri untuk seso latihan pusat.

Sungguhpun Joseph terpilih, kami di SarawakCrocs.com amat berharap bahawa Joseph akan, pada suatu hari nanti membawa bakatnya ke petingkat antarabangsa, dan sekaligus mengharumkan nama Malaysia dan Sarawak.

Comments

comments

Ketiadaan <b>Mat Yo</b> cetus tanda tanya | Terengganu Today

Posted: 20 Feb 2014 04:30 AM PST

Ketiadaan Mat Yo di kem Harimau Malaya jadi persoalan kepada jurulatih negara Datuk Ong Kim Swee.

Ketiadaan kelibat penyerang kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha pada sesi latihan hari pertama skuad Harimau Malaya hari ini di padang latihan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjadi tanda tanya.

Pengendali sementara skuad Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee berkata sebagai pemain profesional, Norshahrul sepatutnya melaporkan diri pada hari pertama sesi latihan.

"Ini bukan kali pertama beliau dipanggil dalam skuad kebangsaan, sepatutnya beliau lapor diri dulu. Beliau perlu memberikan surat rasmi (tidak hadir latihan) bukan secara lisan sahaja," katanya kepada pemberita ketika ditemui di padang FAM, Kelana Jaya di sini.

Antara pemain skuad Harimau Malaya yang melapor diri hari ini ialah Mohd Baddrol Bakhtiar, Mohd Farizal Marlias, Mohd Safee  Mohd Sali, Safiq Rahim, Mahalli Jasuli, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak, Khairul Fahmi Che Mat dan Mohd Badhri Mohd Radzi.

Selain Norshahrul, seorang lagi penyerang kebangsaan Mohd Amri Yahyah turut tidak hadir kerana masalah peribadi.

"Amri ada beritahu saya beliau tidak dapat hadir hari ini kerana masalah keluarga jadi kita tunggu perkembangan mereka," katanya.

Kim Swee berkata beliau lebih memberi penekanan pada bahagian pertahanan dan skuad kebangsaan tidak mempunyai masalah di bahagian serangan.

"Selain Mat Yo (Norshahrul), skuad masih ada penyerang seperti Mohd Safee Mohd Sali, Bobby Gonzales, Amri, Ahmad Fakri Saarani…yang penting adalah di barisan pertahanan," katanya.

Skuad Harimau Malaya membuat persiapan menentang Yemen pada perlawanan terakhir pusingan kelayakan Piala Asia 2015 di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), 5 Mac ini. – Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Norshahrul Idlan Talaha

Copyright 2010 All Rights Reserved