Isnin, 11 November 2013

Norshahrul Idlan Talaha - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Norshahrul Idlan Talaha - Google Blog Search


isu kalimah allah - <b>norshahrul idlan talaha</b> (mat yo) - ammboi dot com

Posted: 09 Nov 2013 03:58 PM PST

Satu persatu dugaan menimpa penyerang Johor Darul Takzim (JDT), Norshahrul Idlan Talaha atau dikenali dengan panggilan Mat Yo. Terbaru membabitkan isu kalimah Allah yang tertulis pada bajunya dan dipaparkannya selepas menjaringkan gol penyamaan ketika menentang Bahrain pada aksi kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Shah Alam, 15 Oktober 2013 lepas.

Sehingga kini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hanya menunggu surat maklum balas daripada AFC dan Norshahrul juga telah membuat penjelasan mengenai insiden berkenaan. FAM juga sudah menghantar surat penjelasan kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk memberikan penjelasan mengenai perkataan Allah yang tertera pada kemeja-t Mat Yo itu.

mat yo allah always with me

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Menerusi laporan akhbar sebelum ini, AFC telah menuntut penjelasan daripada FAM mengenai isu penggunaan perkataan Allah pada kemeja-t yang dipakai Mat Yo. Berdasarkan peraturan empat, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (kelengkapan pemain), mana-mana pemain tidak dibenarkan menayangkan apa-apa mesej sensitif berkaitan politik, agama mahupun komersial ketika berlangsungnya sesebuah perlawanan bola sepak. – - Ammboi tak pasti hukumannya, namun ada laporan mengatakan Mat Yo mungkin digantung dari permainan bolasepak seumur hidup jika beliau didapati bersalah.

VIDEO GOL MALAYSIA VS BAHRAIN (1-1) 2013

p/s: Diharapkan Mat Yo terlepas dari hukuman berkenaan. Kalau tak sudah tentu kita akan merasa kehilangan seorang penyerang berbakat untuk berbakti bersama skuad kebangsaan dan pasukannya JDT. Selain itu, isu ini harapnya menjadi pengajaran kepada Mat Yo dan pemain lain.

Tags: , , , , , , , , ,

Category: BOLASEPAK MALAYSIA

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Norshahrul Idlan Talaha

Copyright 2010 All Rights Reserved