Norshahrul Idlan Talaha - Google Blog Search |
Oh! Manga Melayu: Isteri <b>Norshahrul Idlan Talaha</b> MAT YO <b>...</b> Posted: 26 Sep 2013 07:43 AM PDT SELEPAS menjulang nama sebagai pemain bola sepak kebangsaan, kali ini isteri Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo pula muncul sebagai 'bintang'. Namun, Siti Aisya Adam, 24 bukanlah disanjung seperti suaminya yang sememangnya hebat di padang bola. Nama Siti Aisya mula bermain di bibir peminat Mat Yo selepas satu rakaman klip video mula tersebar dengan meluas dan menjadi viral di laman sosial sejak semalam. Klip video itu menunjukkan insiden di mana Siti Aisya memarahi seorang pengawal keselamatan yang sedang bertugas. Insiden tersebut dipercayai berlaku di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) pada 12 September lalu. Beberapa jam selepas rakaman video berdurasi 55 saat itu dimuat naik, ia ditonton hampir 100,000 pelayar Internet di laman Youtube. Ianya juga menjadi topik hangat di laman sosial facebook (FB), sehinggakan wujud video parodi mengejek isteri bintang bola sepak itu. Kemarahan pengguna laman sosial jelas sehinggakan laman Facebook bertajuk 'Kami Benci Bini Mat Yo' turut menjadi platform bagi peminat Mat Yo melepaskan kemarahan mereka kerana kebiadapan Siti Aisya. |
You are subscribed to email updates from Norshahrul Idlan Talaha - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan