Jumaat, 30 Ogos 2013

Norshahrul Idlan Talaha - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Norshahrul Idlan Talaha - Google Blog Search


<b>NORSHAHRUL IDLAN TALAHA</b> TIDAK PROFESIONAL | shameel <b>...</b>

Posted: 01 Jul 2013 07:01 AM PDT

Johor Darul Takzim(JDT) telah bermain dengan baik dan bersungguh-sungguh, cuma nasib yang tak menyebelahi. JDT tidak mengalah dan menyerah dengan mudah sebab JDT telah berjuang habis-habisan untuk meraih kejuaraan Piala FA 2013.
Tapi, sayang , seorang penyerang JDT, Norshahrul Idlan Talaha amat tidak matang dan sangat tidak professional, kerana tak dapat menerima kenyataan dengan wajar dan waras. Tindakan Mat Yo yang membuang pingat yang diterimanya ke dalam tong sampah, tidak sahaja mencemarkan imej JDT, tetapi turut mengaibkan TMJ.
Setidak-tidaknya, Mat Yo perlulah menghormati Tengku Mahkota Kelantan yang mengalungkan pingat tersebut kepadanya. Dan kalau nak buang sekalipun, perhatikanlah situasi dan lokasi. Tak perlulah tunjuk kat wartawan perbuatan yang setaraf dengan kanak-kanak yang belum Mumaiyiz tu. 
Kepada The Red Warrios, tahniah diucapkan dan kalian memang layak bergelar juara. Kepada JDT, kalian memang hebat, cuma nasib tak menyebelahi. 
Ini kali untuk Kelantan dan lain kali mungkin untuk JDT pula.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Norshahrul Idlan Talaha

Copyright 2010 All Rights Reserved