Isnin, 22 April 2013

Norshahrul Idlan Talaha - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Norshahrul Idlan Talaha - Google Blog Search


Isu <b>Norshahrul Idlan Talaha</b>. Johor VS Kelantan? | Berita Semasa

Posted: 06 Jan 2013 05:19 PM PST

Anuar Musa Mat Yo

Baru sahaja Liga Malaysia mahu memasuki awal musimnya, sudah timbul pelbagai isu yang tak sepatutnya kedengaran. Isunya ringkas sahaja, tetapi ia disebabkan sikap tidak profesional sesetengah pihak. Sefahaman kami, isu ini mula timbul apabila pemain Norshahrul Idlan Talaha ada memiliki baki kontrak dengan pasukan The Red Warrior (Kelantan) setahun lebih lagi. Tetapi Johor mahukan Mat Yo sehingga pemain itu akhirnya bersetuju. Malangnya…..

Tan Sri Anuar Musa Facebook

Malangnya Norshahrul Idlan Talaha masih tidak lagi membayar baki kontrak sekitar RM400,000 (mungkin lebih lagi daripada ini kepada pasukan The Red Warrior. Ini kerana kalau ikut kontrak Norshahrul Idlan Talaha dengan pasukan negeri Kelantan masih lagi mempunyai baki 13 bulan bersama KAFA. Jikalau beliau mahu menyertai pasukan lain termasuklah pasukan Johor yang disertai sekarang ini, Mat Yo perlu membayar RM400,000 sebagai tebus kontrak

Jadi isunya Mat Yo tidak bayar lagi. Tetapi sudah bermain dengan pasukan Johor. Sepatutnya Norshahrul Idlan Talaha yang tampil menyelesaikan dengan pengurusan pasukan The Red Warrior. Dan pasukan Johor tidak perlu masuk campur dan duduk "diam-diam" kerana kontrak tersebut ia tidak ada kena mengena dengan pasukan Johor. Tiba-tiba Tengku Mahkota Johor selaku "taukey baru pasukan Johor" tampil menempelak. Nah…itu sebablah Tan Sri Anuar Musa tampil memberikan kenyataan seperti anda lihat paparan di atas ini.

Apa kata Tunku Ismail?

Tunku Ismail Anuar Musa"Jangan panjang-panjangkan cerita. Dia (Mat Yo) akan bayar (harga tebus kontrak) pada hari ini. Anda (Annuar) perlu matang. Dalam sukan bola sepak, mesti ada pemain yang datang dan pergi. Anda perlu terima dan bersikap profesional.

"Sebagai contoh, jika satu hari nanti Safee Sali mahu keluar dari pasukan, saya akan terima. Beliau (Annuar) sepatutnya berterima kasih kepada Mat Yo atas sumbangan diberikan dan bukannya bercakap benda kurang menyenangkan terhadap pemain ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di salah sebuah hotel terkemuka di sini.

"FAM sudah menetapkan bahawa beliau (Mat Yo) perlu membayar sebanyak RM250,000. Jadi Mat Yo menerusi peguam yang dilantik akan berbuat sedemikian seperti diarahkan FAM. Janganlah ambil kesempatan.

"PBNJ sendiri sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan FAM malah begitu juga pemain kami. Janganlah bersikap kebudak-budakan dan cakap belakang-belakang," katanya.

"Rumah saya sentiasa terbuka untuk sesiapa sahaja datang jika ada sebarang masalah. Bersikap profesional dalam sukan dan janganlah membangkitkan isu bukan-bukan.

"Hentikanlah drama dan politik anda. Jangan jadikan sukan bola sepak seperti berkempen dalam politik. Jika tidak suka, datang jumpa dan cakap depan-depan," katanya.

Pasti ada yang terkejut. Huishh…beraninya Tan Sri Anuar Musa berkata sedemikian kepada seorang anak Raja? Tan Sri Anuar Musa ini lain sedikit. Kalau disingkap sejarah Tan sri Anuar Musa semula, bukan setakat anak raja, Sultan pun berani ditegurnya.

Anuar Musa Kelantan

Nasihat kami, golongan Raja tidak perlulah terlibat dengan sukan.  Jikalau nak disebut masalah dan isu kontrak ini, ikut undang-undang, Anuar Musa betul 100%. Walaubagaimanapun, andaikata Raja/anak raja/kerabat diraja berkeras mahu terjun juga ke bidang sukan ini tidak perlulah rasanya nak mengharapkan layanan istimewa.

Dan bersedialah utk dikritik Dan dimaki. Kalau tak tahan, lebih rasanya tumpukan perhatian dan memikul amanah sebagai kerabat yang menjaga Agama Islam di negeri masing-masing. Apa kata anda pula?


<b>Norshahrul Idlan Talaha</b>: <b>Norshahrul Idlan Talaha</b> - Google Blog <b>...</b>

Posted: 02 Apr 2013 01:26 PM PDT

URL Sumber Asal :-

<b>Norshahrul Idlan Talaha</b>: <b>Norshahrul Idlan Talaha</b> - Google Blog <b>...</b>

Posted: 14 Mar 2013 03:28 AM PDT

URL Sumber Asal :-

<b>NORSHAHRUL IDLAN TALAHA</b> (MAT YO) SAH KE JOHOR » Blog <b>...</b>

Posted: 27 Nov 2012 04:34 PM PST

If you liked this post, say thanks by sharing it

NORSHAHRUL IDLAN TALAHA (MAT YO) SAH KE JOHOR | NORSHAHRUL IDLAN TALAHA SAH KE JOHOR | MAT YO SAH KE JOHOR | NORSHAHRUL IDLAN TALAHA | MAT YO | NORSHAHRUL IDLAN TALAHA (MAT YO) MILIK JOHOR

SUMBER : hmetro

NORSHAHRUL IDLAN TALAHA (MAT YO)

SEGALA kemelut yang melanda Norshahrul Idlan Talaha berhubung perpindahan pemain yang sinonim dengan panggilan Mat Yo akhirnya terjawab selepas Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) mengesahkan pemain itu milik skuad Harimau Selatan pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Setiausaha Kehormat PBNJ, Suhairi Hashim yang dihubungi petang semalam, mengesahkan dalam tempoh 24 jam ini Mat Yo akan menandatangani kontrak dua tahun dan setahun lanjutan (2+1) sekali gus meleraikan tanda tanya sama ada pemain paling bernilai tiga musim berturut-turut akan bersama skuad Harimau Selatan atau sebaliknya.

"Mat Yo akan jadi milik Johor. Tiada lagi masalah timbul berhubung status pemain itu dan saya sendiri ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan tandatangan pemain itu yang mengesahkan penyertaan bersama skuad Harimau Selatan musim depan dan ia terpaksa memakan masa kerana pembabitan pemain itu bersama skuad Harimau Malaya.

"Apapun saya berterima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang beri laluan kepada Mat Yo untuk meneruskan karier bola sepak bersama Johor dan saya juga yakin dengan kehadiran beliau bersama skuad Harimau Selatan sudah pasti menguatkan lagi pasukan itu menghadapi kancah Liga Super, musim depan.

"Dengan termeterainya perjanjian bersama Mat Yo dan PBNJ, saya berharap beliau akan beri sepenuh tumpuan kepada saingan Piala AFF yang sedang rancak berlangsung sekali gus mampu membawa skuad Harimau Malaya kembali menemui sentuhan kemenangan," kata Suhairi ketika dihubungi, semalam.

Terdahulu, skuad Harimau Selatan sudah mengikat kontrak kapten Harimau Selatan, Safiq Rahim dan pemain kembar Aidil Zafuan dan Zaquan Adha Abd Razak termasuk Azmi Muslim, Nurul Azwan Roya dan Muslim Ahmad selain beberapa pemain lain yang bakal menguatkan skuad Harimau Selatan.

Berita gembira itu turut disambut baik pengurus merangkap ketua jurulatih, Fandi Ahmad yang kini sedang giat membuat persiapan skuad Harimau Selatan dan pastinya apa yang diidamkan legenda bola sepak Singapura itu untuk menggandingkan bekas pemain Sepanyol, Daniel Gonzales Guiza bergandingan bersama Mat Yo di jentera serangan kini menjadi kenyataan.

"Cukup melegakan dan saya berterima kasih kepada Kafa yang bersikap profesional apabila tidak membawa isu perpindahan Mat Yo menjadi lebih rumit, malah kita dapat selesaikan segala kemelut itu dengan semangat kesukanan, "Apa yang boleh saya lakukan sekarang merancang dulu program khas untuk Guiza dan Mat Yo dan apabila kedua-dua pemain itu digandingkan nanti sudah pasti tidak timbul rasa kekok walaupun saya hanya ada tempoh kurang dua minggu membuat persiapan terakhir menjelang saingan musim depan," kata Fandi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Norshahrul Idlan Talaha

Copyright 2010 All Rights Reserved