Isnin, 18 Mac 2013

Norshahrul Idlan Talaha - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Norshahrul Idlan Talaha - Google Blog Search


<b>Norshahrul Idlan Talaha</b> Rayu Dilepaskan | MyNewsHub

Posted: 08 Nov 2012 03:26 AM PST


"TOLONG lepaskan saya, jangan rumitkan keadaan." Itulah rayuan penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha, yang ingin berhijrah ke pasukan Johor musim depan, kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai nasibnya yang kini tergantung sama ada dilepaskan ataupun sebaliknya.

Shahrul atau dikenali sebagai Mat Yo turut merayu agar Kafa melihat keputusan penghijrahan beliau ke Johor dari sudut potifif dan memikirkan mengenai masa depannya pada masa akan datang.

"Saya harap Kafa akan memandang perkara ini dari sudut positif.

"Dan, tolong fikirkan mengenai masa depan saya dan keluarga saya pada masa akan datang," kata Mat Yo ketika ditemui di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang ini.

Tambah Mat Yo: "Umur saya semakin tua, saya bukannya bermain bola untuk selama-lamanya. Bila umur sudah menjangkau 40 tahun, saya akan bersara.

"Jadi, itu semua harus dilihat Kafa. Jadi, saya merayu tolonglah faham situasi saya dan membuat keputusan dengan melihat dari semua sudut," katanya lagi.

Sehubungan itu, Mat Yo yang juga pemain kebangsaan berharap perkara ini dapat diselesaikan secepat yang mungkin, seboleh-bolehnya sebelum saingan Piala Suzuki AFF yang akan berlangsung 24 November ini.

"Tolong selesaikan masalah ini dengan segera. Kalau boleh saya mahu keputusan ini dibuat sebelum bermulanya saingan Piala Suzuki AFF.

"Saya bukan apa, saya hanya mahukan perkara ini berjalan dengan lancar, sekali gus ia tidak akan mengganggu prestasi saya untuk mempamerkan aksi terbaik nanti," jelas beliau yang memilih untuk berhijrah bukan kerana wang.

"Saya sendiri pun tidak tahu dari mananya timbul isu bayaran RM80,000 itu.

"Saya ingin tegaskan keputusan untuk berhijrah tiada kena-mengenai dengan bayaran gaji. Saya cuma ingin beralih angin dan juga demi masa depan saya," ujarnya lagi. – SinarHarian

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Merentasi Dunia Cyber: Isu <b>Norshahrul Idlan Talaha</b> Selesai

Posted: 10 Jan 2013 09:09 AM PST

FAM tutup kes Mat Yo

Jawatankuasa Status FAM hari ini mengumumkan Norshahrul Idlan Talaha hanya perlu membayar tebus kontrak dan bukannya yang lain-lain.
Perpindahan penyerang Harimau Malaya itu dari Kelantan ke Johor Darul Takzim telah berlarutan selama berminggu-minggu.
Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) baru-baru ini menyatakan Norsharul harus melangsaikan bayaran sebanyak RM1 juta kerana penamatan kontrak dia berlaku 13 bulan lebih awal melibatkan nilai lebih RM300,000, yuran perpindahan minimum ditetapkan oleh FAM adalah RM250,000, pinjaman perumahan lebih RM100,000, selain insentif dan kerugian yang terpaksa ditanggung kerana penaja menarik diri.
Walaubagaimanapun FAM hari ini memutuskan bahawa penyerang itu hanya perlu membayar tebus kontrak selama 13 bulan berjumlah RM299,000 yang telah pun dibayar oleh Norshahrul.
"Apabila pemain menamatkan kontrak, dia hanya perlu membayar tebus kontrak, bukan tajaan atau lain-lain," kata pengerusi Jawatankuasa Pertandingan, Datuk Takiyuddin Hassan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Norshahrul Idlan Talaha

Copyright 2010 All Rights Reserved