Norshahrul Idlan Talaha - Google Blog Search |
<b>NORSHAHRUL IDLAN TALAHA</b> (MAT YO) NAFI PINDAH, FOKUS <b>...</b> Posted: 10 Oct 2012 06:00 PM PDT Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo) Nafi Pindah, Fokus Pada Kelantan | Ini pula penjelasan penyerang sensasi Kelantan dan Harimau Malaya, Mat Yo, atau nama sebenarnya Norshahrul Idlan Talaha. Beliau menafikan dakwaan yang mengatakan bakal berhijrah ke Johor, musim depan. Beliau menegaskan tumpuannya hanya kepada The Red Warriors yang akan bertemu Selangor pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia pada hari Jumaat ini. "Saya masih terikat kontrak selama setahun bersama Kelantan. Jadi tiada isu sama ada saya bersetuju ataupun tidak untuk berhijrah ke pasukan lain," katanya kepada Sinar Harian. Belum tahu lagi jika saya akan berpindah, tumpuan saya sekarang hanya untuk Piala Malaysia dan juga Piala Suzuki AFF," katanya. Terdapat juga laporan yang menyatakan, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) bersedia berbincang dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bagi membolehkan Mat Yo mendapat pelepasan untuk menyarung jersi Johor. Namun, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menafikan perkara itu dan menyifatkan berita mengenai penghijrahan pemain tersebut tidak berasas. Selain Mat Yo, Daudsu dan Nurul Azwan Roya turut dikaitkan dengan perpindahan ke Johor. Walaubagaimanapun, Setiausaha Agung KAFA, Azman Ibrahim berkata: "Mat Yo (Norshahrul Idlan Talaha) mempunyai ikatan dengan Kelantan sehingga tahun depan manakala kontrak Mohd Daudsu Jamaluddin dan Mohd Nurul Azwan Roya pula hanya akan berakhir November nanti," katanya dalam akhbar Sinar Harian. "Kita sudah menghantar surat (penawaran kontrak) kepada semua pemain pada Julai lalu. Jadi kita masih dalam proses berunding dengan mereka sama ada berminat atau tidak untuk terus kekal bersama Kelantan. Tiada perbincangan mengenai perpindahan, jadi mereka kekal bersama kita setakat ini. Jadi tidak adil kenyataan sedemikian dikeluarkan sedangkan Liga Malaysia 2012 sendiri masih belum berakhir. Ini sebenarnya melanggar kod etika yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)," katanya. CARIAN BERKAITAN
Category: BOLASEPAK MALAYSIA |
You are subscribed to email updates from Norshahrul Idlan Talaha - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan