Khamis, 20 September 2012

Norshahrul Idlan Talaha - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Norshahrul Idlan Talaha - Google Blog Search


Bro Bandits: Mat Yo(<b>Norshahrul Idlan Talaha</b>) disuruh berhenti?

Posted: 22 Aug 2012 03:57 PM PDT


  Semalam adalah perlawanan pertama bagi kedua-dua pasukan negeri pantai timur yakni Kelantan FA dan Terengganu FC bagi perlawanan Piala Malaysia 2012. Permainan ini boleh dikatakan perlawanan maut kerana dua-dua pasukan adalah gergasi dalam kancah bolasepak negara. Dalam perlawanan ini kedua-dua pasukan memberikan tentangan hebat kepada lawan masing-masing dan para pemain bermain dengan baik atas arahan dan formasi dari jurulatih.
Namun nasib tidak menyelebahi The Red Warriors yang menerima kekalahan 2-0 hasil kepincangan dari pemain pertahanan dan pemain tengah yang mungkin alpa apabila asyik diasak bertubi-tubi oleh pihak lawan. Namun begitu, itulah adat perlawanan dalam bolasepak jika tidak bersedia sepenuhnya atau salah percaturan dari jurulatih maka kekalahanlah yang akan ditanggung pasukan itu.



  Akan tetapi coretan saya sebenarnya bukan untuk bercerita tentang perlawanan ini tetapi sebaliknya adalah akibat dari kata-kata penyokong kelantan keatas Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali sebagai Mat Yo telah menyebabkan isteri Mat Yo terguris dengan kata-kata penyokong tersebut dan membuat kenyataan di mukabuku beliau mengatakan bahawa:

 "Jika anda tidak suka Mat Yo, tolong bagi surat kepada Tan Sri lagipun Mat Yo sememangnya tak nak bermain dengan pasukan Kelantan yang penuh dengan penyokong yang 'konon' amat bertamadun...cukuplah sekadar bermain 3 tahun sudah tanpa dihargai dengan jasa memberikan banyak kemenangan."
  Dari kenyataan tersebut jelas memaparkan kesedihan pada seorang isteri yang sanggup berkorban atas kerjaya suaminya yang menumpukan sepenuh tenaga dan jiwa raga untuk berkhidmat bagi pasukan Kelantan, akan tetapi tidak pula dihargai malah dicerca apabila kekalahan melanda pasukan. Sungguh tidak perihatin tindakan dari penyokong-penyokong itu. Berfikirlah sejenak sebelum berkata-kata, fikirkan apa yang anda dapat jika anda pula ditempat beliau atau isteri beliau. Saya juga sedih bila mendengar ini yang berlaku sedangkan Mat Yo sudah banyak berbakti dan banyak juga menghasilkan gol-gol kemenangan untuk pasukan yang mereka sayangi dan minati. Walau apa pun, saya harap ia tidak akan menjatuhkan semangat Mat Yo untuk terus berjuang dalam pasukan Kelantan The Red Warriors. Hanya segelintir saja penyokong yang berfikir sedemikian. Ramai lagi yang masih menyanjungi kehebatan Mat Yo termasuk diri saya. Kepada Mat Yo, anda adalah penyerang yang hebat! bermainlah dengan baik dan anda akan lebih maju kehadapan sepertimana pemain-pemain profesional antarabangsa. Kami ingin lihat anda lebih maju dan lebih profesional, kalau boleh seperti Lionel Messi atau Cristiano Ronaldo. Buatlah keputusan dengan bijak dan profesional. Insya'allah...hanya anda yang mampu lakukan...GKG!

new update dan dari salah seorang peminat: 
Kepado isteri Mat Yo.. jange terguris hati sehingga mengaitkan negeri Kelantan keseluruhan.. Serambi Mekah tiada konon2nya.. Gelaran itu adalah gelaran dari dulu dan kebanyakan peminat loni adalah anak2 muda yang dilahirkan dari thn 80-95.. biasalah, memeyy Matyo perform down tp bukan semua penyokong menyalahkan beliau.. masih ada yg mengharapkan dia mampu bangkit.. lagi satu, jasa yang ditaburkan dlm 2 3 thn ni kami hargai sangat2.. sangat menghargai sehingga bukan stakat Kelantan, malah Mat Yo sendiri menjadi terkenal selaku penyerang terbaik Kelantan dan juga negara. sebelum awak menjadi isteri Mat Yo lagi Mat Yo telah naik bersama TRW.. jd, saya harap yang terbaik untuk semua.. Untuk Kelantan dan utk Mat Yo khususnya.. jika sudah tidak sanggup, kami tidak menghalang..sedangkan Fabregas boleh menyertai Barca, sedangkan Van Persie menyertai Man U.. apalah pula Mat Yo menyertai pasukan lain selain Kelantan.. tp kami harap dia terus kekal utk membantu TRW ke mercu kejayaan.. peewittt..

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Norshahrul Idlan Talaha

Copyright 2010 All Rights Reserved