Isnin, 26 Mac 2012

Norshahrul Idlan Talaha - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Norshahrul Idlan Talaha - Google Blog Search


Anak <b>Norshahrul Idlan Talaha</b> Hilang Dalam Perut

Posted: 26 Mar 2012 12:28 PM PDT

Salam semua,
Pelik Norshahrul Idlan Talaha, pemain kebanggaan Kelantan dan juga Malaysia ini mengalami satu fenomena pelik apabila anak didalam kandungan isterinya dikatakan hilang.. Idlan Talaha membuat pengakuan itu di media dan perkara ini satu perkara yang pelik lebih-lebih lagi bila berlaku keatas orang yang agak terkenal.. Sebab perkara-perkara pelik jarang berlaku kat orang-orang terkenal ini…
Nurshahrul Idlan Talaha berkata, sebelum kejadian dia selalu bermimpi berjumpa anaknya dan melihat jelas muka anaknya itu.. Comel dan putih.. Apabila menceritakan perkara itu kepada isterinya, Isterinya mengadu sakit perut dan perutnya selalu sakit-sakit.. Sehinggalah sampai satu hari, apabila Norshahrul Idlan Talaha dan Isteri ingin membuat pemeriksaan doktor.. Doktor mengatakan yang bayi mereka telah tiada.. [sumber]

Khasiat Lidah Buaya™: <b>Norshahrul Idlan Talaha</b> Pemain Paling <b>...</b>

Posted: 30 Nov 2011 12:51 PM PST

anugerah MVP Supermokh 2011
Norshahrul Idlan Talaha sekali lagi dinobatkan Pemain Paling Bernilai (MVP) Supermokh Liga Malaysia bagi musim 2011.

Penyerang Kelantan itu menerima pengiktirafan tersebut pada majlis tahunan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100PLUS-Astro Arena-FAM 2011 di sebuah hotel terkemuka di ibu negara semalam.

Ini merupakan kali kedua berturut-turut Norshahrul, 24, menjulang anugerah tersebut selepas kali pertama menggenggamnya tahun lalu.

Musim lalu, anugerah itu dinamakan sebagai Pemain Paling Bernilai sebelum ditukar kepada Anugerah MPV Supermokh tahun ini.Ia merupakan pengiktirafan tertinggi buat pemain bola sepak tempatan.

Norshahrul menewaskan rakan sepasukan, Khairul Fahmi Che Mat dan pemain Selangor, Safiq Rahim yang turut dicalonkan untuk menerima anugerah berprestij itu yang mengambil nama legenda bola sepak negara, Allahyarham Mokhtar Dahari.

Selain menerima anugerah tertinggi itu, Norshahrul turut terpilih untuk menerima anugerah Penyerang Terbaik Liga Malaysia sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 serta trofi.

"Saya tidak sangka menang. Ia sangat hebat dan memang merupakan satu penghormatan yang amat besar bagi saya selepas memenangi anugerah pertama Supermokh ini.

"Kejayaan memenangi anugerah yang dinamakan sempena nama legenda bola sepak negara ini memang benar-benar hebat bagi saya memandangkan saya juga seorang pemain yang beraksi di posisi penyerang," kata pemain yang berasal dari Besut, Terengganu itu.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa dan Ketua Pegawai Eksekutif F&N Holding Berhad, Datuk Ng Jui Sia.

Sementara itu, ketua jurulatih baru Selangor, Irfan Bakti Abu Salim dipilih memenangi anugerah Jurulatih Terbaik.

Kemenangan tersebut adalah hasil kejayaannya membawa Terengganu muncul juara Piala FA musim ini selain kemaraan pasukan itu ke final Piala Malaysia sebelum tewas kepada Negeri Sembilan.

Khairul Fahmi pula dipilih sebagai pemenang anugerah Penjaga Gol Terbaik sementara Safiq Rahim (Selangor) dinobatkan sebagai Pemain Tengah Terbaik.-kosmo

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Norshahrul Idlan Talaha

Copyright 2010 All Rights Reserved