Khamis, 13 Oktober 2011

Norshahrul Idlan Talaha - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

Norshahrul Idlan Talaha - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

Jumaat, 7 Oktober 2011

Norshahrul Idlan Talaha - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

Norshahrul Idlan Talaha - Google Blog Search


Kelantan, Terengganu Berentap | Kelate.Net | Kelab Penyokong <b>...</b>

Posted: 27 Sep 2011 03:18 PM PDT

KELANTAN 2
Norshahrul Idlan Talaha (m-62,71)

KL FELDA UNITED FC 0

Norshahrul Idlan bijak memperdayakan pemain KL Felda United FC, Rashid Mahmud dalam usahanya menembusi pintu gol pasukan pelawat.

KOTA BHARU  – 'Ibarat ulangan perlawanan akhir Piala FA musim ini'. Begitulah skrip yang terhasil apabila dua pasukan Gergasi Pantai Timur, Kelantan dan Terengganu akan berentap dalam saingan suku akhir pertama kempen Piala Malaysia pada 10 Oktober ini.

The Red Warriors mengesahkan selaku juara kumpulan C setelah mengalahkan KL Felda United FC 2-0 dalam aksi perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam tadi.

Sementara itu, Terengganu muncul naib juara kumpulan B setelah sekadar seri tanpa jaringan dengan Negeri Sembilan dalam satu lagi perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Beraksi dihadapan hampir 20,000 penyokong setia, Kelantan terpaksa menunggu lebih sejam sebelum memperolehi gol kemenangan menerusi jaringan penyerang prolifik kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha pada m-62 dan 71 perlawanan.

Sebaik sahaja babak pertama bermula, kedua-dua pasukan mempamerkan aksi berbalas serangan namun Kelantan terpaksa menanti sehingga ke m-21 untuk mencemaskan pintu gol KL Felda United FC menerusi hantaran lintang Danial Fadzly Abdullah namun gagal disambar dengan kemas oleh Mohd Izuan Salahuddin.

Tiga minit kemudian, pemain pertahanan, Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid terlepas peluang untuk meletakkan Kelantan berada dihadapan apabila menanduk liar hasil sepakan penjuru yang diambil Danial Fadzly.

Namun pasukan pelawat kembali membalas serangan dua minit kemudian menerusi percubaan kencang Faderin Kadir yang menyaksikan bola rembatannya tinggi melewati pintu gol Kelantan.

Aksi rancak kedua-dua pasukan berterusan seminit selepas itu apabila hantaran lintang Azammuddin Mohd Akil gagal ditangkap kemas penjaga gol, A Zainal Rabin namun Mohd Izuan gagal menampan bola untuk menghasilkan gol bagi Kelantan.

Pasukan pelawat yang merehatkan beberapa tonggak utama dalam perlawanan malam tadi juga mempunyai peluang keemasan untuk menjaringkan gol pada m-37. Berpunca serangan balas pantas yang dilakukan, Liew Kit Kong sempat melepaskan rembatan kencang namun terus ke dakapan penjaga gol, Mohd Shahrizan Ismail.

Minit-minit akhir, giliran Azammuddin mencemaskan pintu gol pasukan pelawat namun rembatannya sedikit tersasar disebelah kiri memaksa kedudukan tanpa jaringan kekal bagi kedua-dua pasukan pada babak yang pertama.

Bersambung babak kedua, Kelantan hampir memperolehi gol pertamanya pada m-61 apabila pemain KL Felda United FC, Azrul Azmi tersepak bola ke gawang sendiri dalam usahanya menyekat hantaran lintang Azammuddin namun palang gol menjadi penghalang untuk Kelantan meraikan jaringan yang pertama.

Walaubagaimanapun detik kegembiraan bagi penyokong setia The Red Warriors tiba jua seminit kemudian. Berpunca sepakan lambung Mohd Shakir Shaari ke dalam kotak penalti, Norshahrul Idlan yang tidak dikawal mudah menguis masuk menewaskan A Zainal untuk gol pertama Kelantan.

Norshahrul Idlan terus membuktikan beliau sememangnya layak digelar penyerang terbilang Kelantan apabila menjaringkan gol kedua  pada m-71 perlawanan. Berpunca hantaran jauh Mohd Izuan dari tepi padang, Norshahrul Idlan bijak melepasi kekangan dua pemain pertahanan KL Felda United FC sebelum merembat kencang untuk menewaskan A Zainal sekali lagi.

Ternyata gol tersebut membakar semangat juang anak buah Datuk M Karathu yang kian bernafsu untuk menambahkan jaringan. Hasilnya, dua peluang terbaik dimiliki pada m-74 menerusi rembatan Muhd Badhri yang sedikit melewati pintu gol KL Felda United FC manakala rembatan kencang Norshahrul Idlan tiga minit kemudian sempat ditepis keluar A Zainal digawangnya.

Pemain gantian, Muhammad Ramzul Zahini Adenan terlepas peluang untuk melebarkan penguasaan Kelantan apabila rembatannya pada m-85 hanya tersasar beberapa meter daripada pintu gol pasukan pelawat.

Rembatan kencang penyerang KL Felda United FC, Mohd Azrul Ahmad yang diselamatkan Mohd Shahrizan pada minit-minit akhir perlawanan menutup tirai aksi perlawanan malam tadi untuk membolehkan Kelantan melangkah bergaya ke suku akhir setelah bergelar juara kumpulan C.

Kesebelasan utama pemain :

KELANTAN : Mohd Shahrizan Ismail, Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid (Wan Rohaimi Wan Ismail), Mohd Farisham Ismail, Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim, Mohamad Ab Aziz Ismail, Mohd Izuan Salahuddin, Danial Fadzly Abdullah (Muhammad Ramzul Zahini Adenan), Muhd Badhri Radzi (KP) Mohd Shakir Shaari (Khairan Eruan Razali), Azammuddin Mohd Akil dan Norshahrul Idlan Talaha.

FORMASI : 4-5-1

KL FELDA UNITED FC : A Zainal Rabin, Rashid Mahmud, Muhamad Kaironnisam Sahabudin Hussain (KP), Azrul Azmi, Muhammad Juzaili Samion, S Sivanesan, K Ravindran (K Rajan), Mohd Lot Abu Hassan (Muhammad Zamri Chin), Liew Kit Kong, Faderin Kadir  dan Mohd Azrul Ahmad.

FORMASI : 4-4-2

STATISTIK PERLAWANAN

Percubaan tepat : Kelantan (1) KL Felda United FC (1)
Percubaan tersasar : Kelantan (8) KL Felda United FC (4)
Sepakan penjuru : Kelantan (9) KL Felda United FC (4)
Sepakan percuma : Kelantan (15) KL Felda United FC (16)
Ofsaid : Kelantan (3) KL Felda United FC (8)
Kekasaran : Kelantan (12) KL Felda United FC (7)
Kad kuning : Kelantan (Mohamad Ab Aziz Ismail) KL Felda United FC (Muhammad Juzaili Samion)
Kad merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa tambahan :  Tiga minit
Penguasaan bola : Kelantan (60%) KL Felda United FC (40%)

PEGAWAI PERLAWANAN

Pengadil : WanMohd Tarmizi
Penolong Pengadil 1: Azman Ismail
Penolong Pengadil 2: Mohd Faiz Che Mud
Pegawai Keempat : Shamsudin Ibrahim
Kommisioner Perlawanan : Ismail Yaakob
Penilai Pengadil : Mohd Jamil Zakaria
General Kordinator : Arif Hassan

Last 5 posts by orcadlayout

Rabu, 5 Oktober 2011

Norshahrul Idlan Talaha - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

Norshahrul Idlan Talaha - Google Blog Search


Amukan Red Warriors | Kelate.Net | Kelab Penyokong Siber Bola <b>...</b>

Posted: 18 Sep 2011 04:48 PM PDT

KELANTAN 4
Muhd Badhri Radzi (m-79,91)
Norshahrul Idlan Talaha (m-87)
Danial Fadzly Abdullah (m-88)

SARAWAK 0

KOTA BHARU – Tempoh 21 minit terakhir menjadi detik paling indah bagi The Red Warriors yang berjaya bangkit membelasah Sarawak 4-0 dalam aksi perlawanan peringkat kumpulan Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam tadi.

Terima kasih kepada Ketua Pasukan, Muhd Badhri Radzi yang menjadi watak penting diatas kebangkitan pasukan Kelantan pada penghujung babak kedua setelah lebih sejam anak buah Datuk M Karathu terpaksa bertungkus-lumus untuk merobek pintu gol Sarawak yang ternyata cukup sukar ditembusi dalam perlawanan malam tadi.

Kemenangan malam tadi mencerahkan peluang Kelantan untuk mengisi salah satu slot ke suku akhir dan perlu menewaskan Johor FC pada pertemuan Sabtu ini untuk mengesahkan tempat berada dalam kelompok lapan pasukan terbaik.

Seawal minit keempat, Kelantan memulakan ancaman merbahaya menerusi hantaran lintang Mohd Nurul Azwan Roya yang menyaksikan penjaga gol, Aidil Mohamad pantas meluru keluar menyelamatkan keadaan biarpun cuba dicabar Muhd Badhri.

Pada m-15, Kelantan terlepas peluang untuk berada didepan apabila rembatan kencang Mohd Shakir Shaari gagal ditangkap kemas Aidil namun Norshahrul Idlan Talaha gagal memanfaatkan situasi kelam-kabut didepan pintu apabila bola sempat dikeluarkan oleh pemain pertahanan Sarawak.

Tiga minit kemudian, Muhd Badhri bijak melakukan umpanan cantik kepada Norshahrul Idlan didalam kotak penalti namun pemain pertahanan Sarawak, Mohamad Fareez Tukijo pula lebih pantas membaca hantaran tersebut.

Pada m-21, berpunca satu serangan balas pantas, Kelantan hampir menjelmakan gol pertama mereka namun rembatan kencang Norshahrul Idlan sekali lagi diselamatkan Aidil dipintu golnya.

Tiga minit berselang, badi kesukaran menembusi pintu gol Sarawak sekali lagi terserlah apabila ketangkasan Aidil digawangnya memastikan sepakan percuma menarik Muhd Badhri sekali lagi diselamatkannya.

Pada m-36, Azammuddin Mohd Akil mensia-siakan peluang terbaik apabila gagal menampan kemas hantaran lintang S Chanturu Mohd Akil biarpun berada didalam kedudukan yang selesa untuk menjaringkan gol.

Sarawak yang tampil dengan corak permainan bertahan dengan meletakkan Bobby Gonzales sebagai penyerang tunggal turut mempunyai peluang untuk menggegarkan jaring pada m-40 namun rembatannya jauh tersasar daripada pintu gol Kelantan.

Pasukan Sarawak bangkit mempamerkan persembahan lebih agresif dan hampir memperolehi peluang untuk memecahkan kebuntuan jaringan tatkala perlawanan baru enam minit bersambung pada babak kedua.

Salah faham di antara S Subramaniam dengan Mohd Daudsu Jamaluddin hampir mengundang padah apabila pemain Sarawak, Ashri Chuchu bijak merebut bola dan sempat melepaskan rembatan namun Mohd Shahrizan Ismail pantas menutup ruang memastikan pintu golnya tidak dibolosi.

Namun percubaan tersebut dikira satu-satunya peluang terbaik bagi skuad Bujang Senang kerana selepas itu barisan pemain Datuk M Karathu tidak lagi membenarkan pasukan pelawat bermaharajalela sebaliknya kembali menguasai hampir keseluruhan perlawanan pada babak tersebut.

Muhd Badhri berjaya menebus kembali kekecewaan sebelum itu apabila memecahkan kebuntuan dengan menjaringkan gol pertama untuk Kelantan pada m-79. Berpunca lorongan cantik Mohd Shakir ke dalam kotak penalti, Muhd Badhri bijak memperdayakan dua pemain pertahanan Sarawak dan rembatan kaki kirinya berjaya menewaskan Aidil untuk gol pembukaan Kelantan.

Ternyata gol tersebut membakar semangat juang barisan pemain Kelantan untuk menambahkan jaringan selepas itu. Lapan minit kemudian, pintu gol Sarawak bolos lagi kali ini menerusi gerakan menarik satu dua diantara penyerang sensasi, Norshahrul Idlan dengan Muhd Badhri.

Norshahrul Idlan bijak memanfaatkan gerakan tersebut dengan melepaskan rembatan leret didalam kotak penalti untuk menghasilkan gol kedua Kelantan.

Seminit kemudian, Muhd Badhri terus menjadi watak penting dalam perlawanan malam tadi apabila membantu Kelantan memperolehi gol ketiga. Pemain gantian, Danial Fadzly Abdullah mengukir nama sebagai penjaring gol apabila menyempurnakan lorongan cantik Muhd Badhri didalam kotak penalti dengan merembat masuk untuk gol ketiga Kelantan.

Semangat juang pemain Sarawak akhirnya terpadam pada minit-minit akhir perlawanan setelah Muhd Badhri menjaringkan gol kedua peribadinya dalam perlawanan malam tadi. Berpunca hantaran lintang Norshahrul Idlan ke dalam kotak penalti, Mohd Nizab bijak mengumpan kepada Muhd Badhri yang tidak dikawal dan melepaskan rembatan kencang untuk gol keempat Kelantan malam tadi.

Kesebelasan utama pemain :

KELANTAN : Mohd Shahrizan Ismail, Mohd Daudsu Jamaludin, S Subramaniam, Mohd Farisham Ismail, Mohamad Ab Aziz Ismail, Mohd Nurul Azwan Roya (Danial Fadzly Abdullah), Muhd Badhri Radzi (KP), S Chanturu, Mohd Shakir Shaari (Mohd Nizab Ayub), Azammuddin Mohd Akil (Muhammad Ramzul Zahini Adenan) dan Norshahrul Idlan Talaha.

FORMASI : 4-4-2

SARAWAK : Aidil Mohamad, Mazwandi Zakaria, Mohd Hairol Mokhtar, Mohamad Fareez Tukijo, Shahran Abdul Samad, Mohd Dzulazlan Ibrahim, Mohd Shahrol Saperi (KP), Ashri Chuchu (Ahmad Faiz Bujang), Wong Sai Kong, Zamri Morshidi dan Bobby Gonzales.

FORMASI : 4-5-1

STATISTIK PERLAWANAN

Percubaan tepat : Kelantan (7) Sarawak (1)
Percubaan tersasar : Kelantan (9) Sarawak (4)
Sepakan penjuru : Kelantan (8) Sarawak (1)
Sepakan percuma : Kelantan (12) Sarawak (20)
Ofsaid : Kelantan (2) Sarawak (1)
Kekasaran : Kelantan (17) Sarawak (11)
Kad kuning : Kelantan (S Subramaniam) Sarawak (Mohd Hairol Mokhtar, Zamri Morshidi, Wong Sai Kong, Mohamad Fareez Tukijo, Aidil Mohamad dan Mohd Dzulazlan Ibrahim )
Kad merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa tambahan :  Enam minit
Penguasaan bola : Kelantan (60%) Sarawak (40%)

PEGAWAI PERLAWANAN

Pengadil : Mohd Yusof Mat Karim
Penolong Pengadil 1: Rosli Saaban
Penolong Pengadil 2: Asmadi Noor Hasni
Pegawai Keempat : Shamsudin Ibrahim
Kommissioner  Perlawanan : Azman Sulong
Penilai Pengadil : Noor Anuar Abdullah Sani
General Kordinator : Arif Hassan

Last 5 posts by orcadlayout

Ahad, 2 Oktober 2011

Norshahrul Idlan Talaha - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

Norshahrul Idlan Talaha - Google Blog Search


<b>Norshahrul</b> Tambah Yakin | Kelate.Net | Kelab Penyokong Siber <b>...</b>

Posted: 29 Sep 2011 06:30 PM PDT


#M Baru tubik, Samsung Galaxy SII!

Norshahrul Idlan Talaha

KOTA BHARU – Dua gol menerusi jaringan penyerang sensasi, Norshahrul Idlan Talaha dalam pertemuan menentang KL Felda United FC malam semalam memberi isyarat bahawa beliau kini begitu dahagakan jaringan dan bersedia mengulangi perkara yang sama dalam saingan suku akhir kempen Piala Malaysia tidak lama lagi.

Juara bertahan, Kelantan akan menentang musuh tradisinya, Terengganu di Kuala Terengganu pada 10 Oktober depan sementara aksi timbal balik di Kota Bharu pula akan berlangsung empat hari kemudian.

Norshahrul Idlan atau lebih disapa dengan panggilan Matyo mengakui dua gol yang disumbangkan beliau dalam perlawanan tersebut mencetuskan keyakinan baru bagi beliau dalam menghadapi pasukan yang pernah menafikan hajat Kelantan untuk menjulang kejuaraan Piala FA buat pertama kali pertengahan Jun lalu.

"Saya gembira dan bersyukur diatas kemenangan 2-0 mengatasi KL Felda United FC di tempat sendiri malam ini. Kemenangan ini meletakkan kita selaku juara kumpulan C dan akan bertemu Terengganu dalam peringkat suku akhir selepas ini," katanya kepada pemberita sejurus perlawanan berakhir, malam semalam.

"Melihat kepada barisan yang diturunkan malam ini, memang jurulatih terpaksa membuat rombakan kerana kita kehilangan lima tonggak utama. Jadi ramai pemain simpanan yang lama tak beraksi diturunkan malam ini.

"Kalau diperhatikan persefahaman diantara pemain kurang mantap pada babak pertama, kita lambat untuk menemui rentak. Namun pada babak kedua, barulah kita berjaya menemui rentak perlawanan dan berjaya menjaringkan dua gol pada perlawanan ini," katanya.

Malah Norshahrul Idlan turut mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan lain yang membantu beliau menjaringkan dua gol dalam perlawanan tersebut. Umpanan Mohd Shakir Shaari dan Mohd Izuan Salahuddin dimanfaatkan dengan sebaiknya dengan menjaringkan kedua-dua gol untuk The Red Warriors.

Mengulas mengenai pertemuan menentang Terengganu pada saingan suku akhir nanti, Norshahrul Idlan berharap rakan sepasukannya dapat mengekalkan aksi konsisten bagi meneruskan rentak cemerlang Kelantan dalam kempen Piala Malaysia musim ini.

"Selepas melepasi peringkat kumpulan, sasaran saya ialah untuk mara ke separuh akhir pula. Kita perlu fikir satu persatu dan saya tidak mahu mengimpikan perkara yang terlalu jauh ke depan.

"Kita akan main di Kuala Terengganu terlebih dahulu. Saya fikir itu merupakan satu kelebihan buat kita sebelum membuat perhitungan berikutnya di Kota Bharu. Saya harap kita dapat mengekalkan rekod cemerlang ketika beraksi di sana bagi menambahkan keyakinan pasukan pada suku akhir kedua nanti," katanya.

Last 5 posts by orcadlayout


Fan Page Kelate.Net KelateDotNet Twitter

#K Baru tubik, Samsung Galaxy SII!

 

Norshahrul Idlan Talaha

Copyright 2010 All Rights Reserved